
Mohd Iqbal Harris ,
Sekretariat,
Villa Cinta Kenyir,
Tasek Mewah,
Seremban.
_____________________________________________________________________
Kepada Mereka Yg Berbelas Kasihan,
Di Mana Sahaja Anda Berada.
Tuan/Puan/Madam/Org2 yg BAIK HATI lagi comel/hensem/cun, 24 Februari 2005
------------------
Tabung Kebajikan Iqbal Slipped Disc(I.S.D.)
------------------------------------------------------
Merujuk kepada tajuk surat yang tertera di atas, saya Mohd Iqbal Harris bagi pihak sekretariat
Villa Cinta Kenyir ingin memaklumkan kepada mereka2 yg tersebut di atas bahawa kami akan
menubuhkan satu tabung kebajikan I.S.D.
2. Tujuan kami menulis surat pekeliling ini adalah untuk memaklumkan kepada anda semua, Tuan/Puan/Madam iaitu orang-orang yang hatinya dipenuhi belas kasihan dan keimanan serta tak terkata lagi ke'comel/hensem/cun/dll'an , bahawa kami sedang menunggu sumbangan anda kepada Tabung Kebajikan ini. Sumbangan bolehlah diberi dalam apa jua bentuk asalkan ia berbaloi daripada segi kewangan. Kami menerima kad kredit, cek berpalang, cek tak berpalang, wang pos, wang tunai, kad kredit, bahkan apa2 barang yang boleh digadaikan di pajak gadai contohnya barang kemas, alat2 komputer.
3. Penubuhan tabung ini adalah untuk membolehkan manusia yang namanya tertera di atas untuk menjamin dan mengukuhkan kualiti hidupnya, agar dia boleh menjalani kehidupan yang normal di muka bumi ini. Sumbangan anda akan digunakan untuk tujuan2 tertentu contohnya
- mengisi minyak kereta
- membeli kad prepaid
- mengenyangkan perut
- membeli akssesori komputer
- membayar hutang2 ah long
- membeli komik2 bulanan dan juga tidak lupa komik2 mingguan
- membeli kereta baru
- membeli apa sahaja barang yg terasa ingin dibeli
4. Di atas telah tersenarai tujuan-tujuan kami menubukan tabung kebajikan ini. Jadi silalah cermin diri anda dan tanyalah hati kamu adakah ada perasaan ihsan walaupun secebis. Kalau ada janganlah segan silu untuk mendermakan apa sahaja kepada tabung kebajikan in. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa anda di akhirat kelak insya-Allah. Kepada mereka2 yang kedekut dan tangkai jering. Pandanglah diri anda di dalam cermin dengan kesedaran yang anda tiada secebis langsung perasaan ihsan di dalam diri itu. Korang memang tak guna haha
5. Saya berharap pihak Tuan/Puan/Madam/Org2 yang ke'comel/hensem/cun/dll'an dapatlah membalas surat ini secepat yang mungkin . Kami mengharapkan rasa ihsan anda.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih di atas kerjasama daripada pihak anda dan terima kasih sekali lagi yang saya tahu pihak anda akan sumbangkan kepada kami
Saya Yang Menggilakan $$$$,
(MOHD IQBAL HARRIS)
*this is a computer generated letter, thus it does not bear any signature


